Wednesday, January 6, 2010
Tuesday, January 5, 2010
Friday, January 1, 2010
Saman 800 Juta:PAS pesong fakta
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya meletakkan kesalahan total ke atas Umno-BN kerana apa yang berlaku adalah di bawah pentadbiran Menteri Besar dari PAS ketika itu.
“Silap kalau kata PAS menanggung dilema yang diwarisi BN. Sebaliknya PAS menanggung dilema warisannya sendiri.
“Konsesi itu ditandatangani pada tahun 1964, pada masa itu Menteri Besarnya dari PAS iaitu Datuk Ishak Lutfi. Kemudian pembatalan projek itu berlaku pada 1975.
“Memang betul pada masa itu orang kata kerajaan BN tapi kita mesti ingat ia dipimpin Datuk Mohd Nasir, dari PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau mengulas kenyataan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung perkara berkaitan adalah berpunca daripada keputusan era pentadbiran Umno-BN.
Husam berkata kerajaan negeri dimaklum akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
DUN Kelantan 1974 hingga 1978 terdiri daripada 22 wakil PAS, Umno (13) dan MCA satu. Menteri Besar pada masa itu ialah Datuk Mohd Nasir iaitu wakil PAS.
Mahkamah Tinggi di sini kelmarin mengarah kerajaan Kelantan membayar pampasan ganti rugi RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana dikatakan telah melanggar beberapa perjanjian yang dimeterai.
Keputusan tersebut dikatakan kes terbesar apabila menyaksikan angka tuntutan ganti rugi paling tinggi dalam prosiding sivil negara.
Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.
Difahamkan kes tersebut difailkan pada 2004. Mengulas lanjut langkah kerajaan negeri akan membuat rayuan Alwi berkata ia adalah perkara biasa.
MalaysianInsider